LuAhan SeoRang MUJAhiDAH!! ^__________^



Tuesday, February 15, 2011

siapakah orang yang sombong?? 0.o

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong ialah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul ‘Alamin, Tuhan Sekalian Alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali manusia yang sombong diri.



Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya ialah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qur’an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun masih berasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Allah tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.



Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan api kemarahannya ketika dia dalam kemarahan.



Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.




Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.



Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.




Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.




Siapakah orang yang sibuk?

Oang yang sibuk ialah orang yang tidak mengmbil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.




Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang yang menangis air mata mutiara ialah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Allah SWT dan menyesal akan dosa-dosanya, lalu mengalir air matanya.




Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan (menambah-nambahkan) harta.




Siapakah orang yang pandai (bijak)?

Orang yang pandai ialah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.



Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodah ialah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya ialah orang-orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.




Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya ialah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah orang yang gila?

Orang yang gila itu ialah orang yang tidak sembahyang. Hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang. Pertama, sekiranya dalam haid dan yang kedua ketika tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.




Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu ditipu ialah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.




Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.




Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas ialah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.




Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit ialah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya akan menghimpitnya sehingga bercamtum kedua-dua belah kiri dan kanan tulang rusuknya.




Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

wassalam~

2 comments:

Hitoeni Yuukan said...

rmainya golongn org yg haq dan yang batil

MUJAHIDAH SOLEHAH said...

emm..blh ana thu..mksd anta?0.o
ana kurang faham??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...