LuAhan SeoRang MUJAhiDAH!! ^__________^



Wednesday, April 6, 2011

pANTun NASihAt ^________^

assalamualaikum pembuka bicara,
daku mohon maaf andai masih kurang ilmunya,
marilah kita ringankan lidah kita,rajinkan diri kita membacanya,
moga bermanfaat tika membaca dan menghayati pantun2 di bawah ya... ^^


assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ^^





pisang emas di bawa belayar,
masak sebijik di atas peti,
kalau kite tidak mahu belajar,
kite pasti akan rugi nnti,, hehe


Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat.....


Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan,, :)


Jangan ditentang ibu dan bapak,
Bila ditentang badan melarat,
Jangan dibuang hukum dan syarak,
Bila dibuang datanglah laknat ... (^_^)


Kalau bercakap peliharalah lidah,
Kalau berjalan peliharalah kaki,
Kalau menghadap kepada Allah,
Luruskan iman sempurnakan hati..(^^)


hidup di dunia hanya sementara, 
kumpulkan bekalan selagi bernyawa,
ia menentukan syurga atau neraka,
Buat kita yg bergelar hambaNYa. =)



maen bola dlm semak,
balik-balik, kene marah la,
kalau pandai guna otak,
berdakwah dgn berhikmah la..ha3


nur syafiqah mkn ketupat,
mkn ketupat yg da basi,
klau kite asyik mengumpat,
hidup kite tdk akn dberkati,, (haha..jgn mrh k..grau jer..xde idea lain la)



pak cu berasal dr kedah,
berpindah pula ke kg.langsat,
berpeganglah pd Quran dan Sunnah,
agar hidup tidaklah sesat...


usia semakin meningkat,
kematian semakin dekat,
perbanyakkan amal ibadat,
untuk menuju ke akhirat.


guling2 atas tanah,
kalau bermain jgn berkelahi,
selagi berjalan atas tanah,
kalam allah jgn didustai..he3


Pergi ke sawah menanam padi,
Terjumpak pulak si Khairul Hakimi,
jangan lah terlalu cintakan duniawi,
ingatlah ia takkan kekal abadi..n__n



berakit2 di tepian,
berenang2 ke Kuala Pilah,
jgnlah kita saling brgaduhan,
sebaliknya suburkn ukhwah fillah..


ikan dimasak di dalam kuali,
dimasak oleh seorang aci ,
barcakap selalu kena hati-hati,
takut ada yg terasa hati.. =) 



sepuluh jari disusun kini,
izinkan saya mengundur diri,
maaf kalau ad yang terasa hati,
jomlah kita muhasabah diri...(
__)(~)~:*´ (❤◕‿◕❤) `*:.˙٠•● Ƹ̵̡Ӝ
̵̨̄Ʒ ...

 usahlah berduka lara,
hidup di dunia hanya sementara,
perbanyakkan amalan untuk bekalan diri,

utk perjalanan ke negeri yg abadi..


syukurilah nikmat kurniaan ALLAH,
dengan ungkapan Alhamdulillah,
basahilah bibir dengan zikrullah,

agar hati sentiasa mengingati ALLAH...


akal anugerah ILAHI,
gunakan sebaik-baik mungkin,

fikirlah yang terbaik sekali,
idea datang secara spontan...


Akulah jerangkong malaya,
Bila suaraku bergema alam bergegar.
Berpantun dah ku berdaya,
Kedengaran sudah azannya Asar....




 solat sehari smlm 5 waktu sdhlah tentu,
subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak,
jgn lalai dan leka tidak menentu,

supaya selamat siksaan kubur dan akhirat kelak...



ketika daku dilanda mimpi,
gadis solehah dibawa mimpi,
bilaku ku buka mataku kembali,
oh tidak ia hanyalah mimpi.
aduh..kan saya dah kata saya tak reti berpantun.. ehehehe




mimpi mainan tidur hanya seketika,
x usah lalai x usah leka,
jika inginkan yang solehah,
perelokkan diri sendiri menjadi soleh.



alhamdulillah daku ucapkan,
pada semua yang terlibat,
mohon maaf andai bicaraku menyakitkan kalian,
moga ketemu di lain masa sahabat2..hehe..



p/s:

      buat sahabat2 ana..bicaramu indah sekali,
     terpaku daku tika membacanya,
     subhanalllah,ilhamallah datang pada diri ini,
     moga ukhuwah..terjalin selamanya ^^ 



wahai sahabat2..maaf yer lintang pukang pantun2 kat sini ^^  moga ia bermanfaat dan menyedarkan kita yang masih  terkapai2 lagi nih..termasuklah diri ana nih..huhu..

 wassalam~


   ^______________________^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...